Friday, February 13, 2009

kuih buah melaka

kuih buah melaka (hidangan 6 orang)

Bahan-bahan
  1. 250gm Tepung Pulut
  2. 100gm Tepung Beras
  3. 340gm Keledek merah - buang kulit, di rebus lalu di lecek halus
  4. 200ml air + 8 helai daun pandan - di kisar dan perah hampasnya bagi mendapatkan jus pandan.
  5. 1 s/teh perisa pandan
  6. 1 s/teh perwarna hijau - jika suka
  7. Kelapa parut putih - secukupnya
  8. Secubit garam
  9. Gula melaka jenis ketul - di potong dadu secukupnya
  10. Air untuk merebus

Cara-cara

  1. Dalam satu mangkuk besar, ayak kedua tepung agar sekata.
  2. Lalu masukkan keledek yg telah di lecek halus ke dalam tepung.
  3. Satukan perisa pandan, perwarna hijau ke dalam air jus pandan. Kacau seketika hingga larut.
  4. Lalu masukkan jus pandan ke dalam tepung tadi sedikit demi sedikit. Mengikut kesesuaian lembut yang di inginkan.
  5. Gaul doh adunan sehingga ianya sekata dan tak melekat-lekat di jari.
  6. Bulatkan adunan, kemudian leperkan sedikit lalu masukkan gula melaka di tengah dan katup kembali bebola adunan itu dan bulatkan. Buat begitu hingga adunan habis.
  7. Sementara itu, didihkan air rebusan. Bila dah mendidih masukan bebola buah melaka. Bila ianya timbul bererti ianya sudah masak.
  8. Angkat dan toskan.
  9. Lalu lumurkan buah melaka ke dalam kelapa parut putih yang telah di bubuh dengan secubit garam.
  10. Siap untuk di hidang.

begedil

begedil daging/ayam (hidangan 4 orang)

Bahan-bahan

  1. 4 bj kentang
  2. segenggam daging cincang / ayam
  3. daun sup dicincang halus
  4. 10 sudu besar bawang goreng
  5. 2 sudu kecil garam
  6. 1 sudu kecil lada sulah
  7. 2 biji telur (di pukul)

Cara-cara

  1. kentang dipotong dan digoreng hingga garing atau boleh juga direbus
  2. setelah garing, tumbuk atau lenyekkan kentang itu hingga hancur.
  3. kemudian ambil daging cincang dan gaulkan bersama kentang yg sudah dilenyek td.
  4. setelah itu masukkan daun sup, bawang goreng, lada sulah dan garam.
    gaul hingga semua bahan sebati. kemudian ambil sedikit dan bulat2kan dengan saiz sederhana
  5. akhir sekali, celupkan dalam telur
  6. goreng dengan api yang sederhana

Saturday, February 7, 2009

ikan masak asam pedas


IKAN MASAK ASAM PEDAS

BAHAN-BAHAN

1 potong ikan - bahagian kepala ( ikan merah, tenggiri, terubuk)
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm. halia
1 cm. kunyit hidup
10 cili padi
1 satu teh sudu ciliboh
1 batang serai
Beberapa tangkai daun kesum
1 kuntum bunga santan
2 keping asam gelugur
Garam, sedikit gula dan serbuk perasa
Sedikit belacan

CARA CARA

1. Cili padi, bawang merah dan putih, halia dan belacan ditumbuk lumat
2. Serai diketuk dan bunga kantan dibelah empat
3.Ikan dibersihkan, masukkan ke dalam periuk bersama 4 - 5 cawan air
4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk tadi serta garam, gula, serai, asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. Biarkan ia mendidih, kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan

nasi beriani

NASI BERIANI

BAHAN BAHAN

2 gelas beras panjang
2 1/2 gelas air
1 cawan bawang goreng diramas
1 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kelopak bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/4 cawan minyak kelapa
Sedikit kismis
5 sudu besar minyak sapi
1 inci halia diambil air
2 labu bawang besar dicincang
5 ulas bawang putih dihiris
1 helai daun pandan
Sedikit air mawar

CARA-CARA

1. Beras dibersihkan dan ditoskan
2.Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan minyak masak.
3.Tumis bawang besar dan bawang putih sampai wangi dan masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Tuangkan air sejuk, susu cair dan air halia. Biarkan sampai mendidih.
4.Masukkan bawang ramas, daun pandan, air mawar dan biarkan beras mendidih. Setelah nasi hampir kering, kecilkan api dan biarkan sampai betul2 masak. Taburkan kismis semasa menghidang.