Thursday, March 26, 2009

karamel




Puding Karamel
( saiz:16 cm )

Bahan-bahan

* 400ml susu segar/susu cair
* 5 sudu besar gula halus
* 3 biji telur- pada suhu bilik
* 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* [ KARaMEL ]
* 5 sudu besar gula
* 2 sudu besar air

Cara-cara

  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Lime Grilled Chicken

Lime Grilled Chicken


Bahan-bahan


1. Bahagian paha ayam
2. 1 sudu kecil bawang putih (dicincang)
3. 1 ½ sudu besar serbuk cili
4. 1 sudu besar rempah cancun
5. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
6. 1 sudu kecil serbuk jintan putih
7. 2 sudu besar minyak jagung
8. 1 sudu kecil garam halus
9. 1 sudu kecil serbuk pati ayam
10. 2 sudu besar perahan air limau nipis


Cara-cara


1. Mula-mula basuh paha ayam sehingga bersih dan digaulkan bersama bawang putih dan kesemua bahan-bahan untuk diperap selama setengah jam.
2. Selepas itu dipanggang sehingga masak sepenuhnya.
3. Hidangkan bersama nasi Mexican dan sayur-sayuran seperti lobak dan bunga kobis.

Monday, March 16, 2009

tomyam campur

Bahan – bahan :

1)Sedikit sotong
2)Isi ayam secukupnya - di hiris nipis
3)Daging Secukupnya - di hiris nipis
4)Udang secukupnya - di hiris nipis
5)2 batang serai - dititik
6)1 labu bawang besar - di hiris memanjang
7)15 biji cili api - di tumbuk pecah2
8)sedikit daun limau purut
9)5-6 biji limau nipis
10)Bunga kobis secukupnya
11)Putik jagung secukupnya
12)2-3 batang celery - di hiris memanjang
13)2-3 biji tomato

Cara Membuatnya:

1)Masukkan air secukupnya ke dalam periuk dan jerangkan
2)Masukkan daging, sotong,isi ayam dan udang .Masak sehingga empuk
3)Masukkan serai, putik jagung, bunga kobis, celery ..kemudian masukkan tomato dan cili api
4)Masukkan perahan air limau nipis ,daun limau purut ,garam dan sedikit gula (jika suka ).
5)Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.

Ayam Masak Lomak Cili Api

Bahan-bahan:

1)1 ekor ayam (ayam kampung/ayam daging biasa (ayam bandar))
2)30 ulas cili api/padi (ikut suka - kalau tak tahan pedas boleh kurangkan sikit)
3)1 inci kunyit hidup
4)2-3 batang serai (dititik)
5)santan (dr sebiji kelapa)
6)2-3 ulas bawang putih & merah (utk ayam bandar saja - hilangkan bau hanyir)


Cara memasak:

1)Tumbuk cili api + kunyit hidup + bawang putih & merah selumat2nya..
2)Bahan tadi digaulkan dgn ayam didlm kuali beserta serai yang dititik
3)Kecutkan ayam dengan bahan2 tadi supaya mesra hingga kering airnya
4)Masukkan santan dan kacau supaya tidak terbit minyak
5)Perisakan dgn garam
6)Tunggu hingga kuah mendidih..
7)hidangkan

Udang masak serai wangi

Bahan-bahan:

1) 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
2) 4 batang serai
3) 100 gm cili kering
4) 100 gm bawang merah
5) 100 gm cili merah
6) 70 gm bawang putih
7) 70 gm halia muda
8) 3 sudu besar pati asam jawa
9) 30 gm belacan bakar
10) 100 gm pati santan
11) Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

1) kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
2) Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
3) Masak atas api sederhana hingga kuah pekat
4) Masukkan pati santan dan udang.
5) Masak hingga naik bau.

Saturday, March 7, 2009

ayam goreng berempah

Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam yang dipotong - potong
  • sedikit serbuk perasa ( ajinomoto )
  • serbuk kari daging atau ikan ( xkira jenama apa )
  • tepung rangup atau tepung goreng kfc

Cara-cara

  1. potong ayam mengikut kesukaan,kemudian basuh dan toskanlah...
  2. perapkan ayam dengan sedikit serbuk perasa lebih kurang dalam 2 - 3 minit
  3. kemudian gaulkan ayam tadi kedalam serbuk kari sehingga semuanya terkena rempah
  4. akhir sekali gaulkan plak dengan tepung goreng rangup atau kfc (lebih sedap tepung kfc) kemudian panaskan minyak lalu digoreng.
  5. apabila dah masak bolehlah dimakan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja bersama sos kegemaran anda.

Agar-agar batik

Bahan bahannya:

1) 2 peket agar-agar
2) 100 gram pati buah oren
3) 100 gram kepingan coklat
4) 1 tin susu cair
5) 50 gram gula
6) 250 gram biskut marrie
7) 1 liter air

Cara membuatnya:

1) Masak agar-agar sampai mendidih terlebih dahulu. Kemudian celupkan kepingan biskut marrie kedalamnya satu persatu dan angkat untuk disejukkan sebentar.
2) Masak pula susu cair dan gula, kacau sehingga sebati. Bahagikan adunan kedalam 2 loyang berbeza. 1 loyang diletakkan pati buah oren dan dikacau hingga sebati. Manakala satu lagi loyang dibubuh perasa coklat didalamnya dan digaul sebati.
3) Ambil loyang kosong, susun kepingan biskiy tadi diatasnya sebelum dituang adunan perasa oren keatasnya. Biarkan sebentar sebelum susun lagi kepingan biskut diatasnya.
4) Tuangkan adunan perasa coklat pula. Buat berulangkali sehingga selesai. Biarkan sejuk, potong kecil-kecil dan sedia untuk dihidang.

kuih talam

Bahan-bahannya:

Lapisan bawah (berwarna hijau)

1) Tepung beras 175 gm
2) Gula 400 gm
3) Air 1000 gm
4) Daun pandan 15 helai (diambil jusnya)
5) Air kapur 1 sudu teh

Lapisan atas (berwarna putih)

1) Tepung beras 50 gm
2) Tepung ubikayu 50 gm
3) Santan pekat 400 gm
4) Garam 6 gm
5) Air 100 gm

Cara-cara membuatnya:

1) Campurkan semua bahan lapisan bawah sehingga rata.
2) Panaskan loyang (bergarispusat 260 mm) didalam periuk stim.
3) Tuangkan campuran lapisan hijau kedalam loyang tersebut dan kacau sehingga menjadi adunan yang pekat dan berkilat. Stimkan selama 30 minit.
4) Campurkan semua bahan lapisan atas (putih) dan tuangkan keatas lapisan hijau yang telah masak.
5) Stimkan selama 20 minit sehingga masak.

Friday, March 6, 2009

Beafsteaks Peas daging

Bahan-Bahan:

Bahan A:

1) daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
2) telur ayam 1 biji
3) tepung jagung 4 sudu besar
4) lada sulah
5) gula (2 sudu)
6) garam secukup rasa

Bahan B:

1) minyak masak
2) bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk)
3) bawang besar (dihiris bulat)
4) cili merah (dihiris serong)
5) kacang peas hijau (1 tin kecil)
6) tomato 2 biji di belah 4
7) ubi kentang 2 biji di belah 6
8) kicap manis dan sos cili secukup rasa
9) air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)

C
ara-cara :

1) perap bahan A selama 1/2 jam
2) selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.
3) gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
4) tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
5) setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.
6) masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
7) masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi.
8) akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
9) Siap untuk dihidang.

nasi ayam beraroma

Bahan-bahan

Beras 3 pot susu

Bahan-bahan untuk dijadikan
air rebusan ayam:

½ ekor ayam dipotong 2 bahagian
1 kiub stok ayam
5 ulas bawang putih
1 inci halia (ditumbuk bersama dengan bawang putih dan dijadikan 2 bahagian)
Air anggaran 1 periuk

Ulam-ulaman:
2 pohon daun salad/boleh gunakan daun salad bulat
1 biji tomato mekar
1 biji mentimun muda
Sos halia (dikisar halus)
½ inci halia muda
2 biji cili merah
secubit garam
sedikit sos cili



Ayam Goreng Hitam:

1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis


Bahan-bahan untuk dibuat sup:

Air rebusan ayam dari ½ periuk
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
3 ulas sedang bawang merah
1 labu bawang besar (dijadikan bawang goreng - dihiris nipis-nipis dan digaul bersama tepung gandum)
1 tangkai daun sup
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit garam

Cara-cara

1. Ayam direbus bersama stok ayam, halia, bawang putih. Tunggu hingga ayam empuk. Keluarkan ayam dan diperap bersama sos tiram dan kicap manis. Ketepikan (goreng ayam dalam minyak yang tidak terlalu panas).

2.Basuh beras dalam rice cooker dan gunakan 1/2 air rebusan ayam untuk memasak nasi.Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan garam 1/2 sudu teh. Tunggu sehingga nasi mendidih dan agak kering, baru masukkan 2 sudu minyak sapi dan 2 sudu minyak masak. Kacau dan tunggu hingga masak.


Nasi Ayam

Bahan-bahan

1) Beras (mengikut sukatan sendiri)
2) Daun pandan
3) 2 kiub pati ayam
4) 2 biji bawang bear
5) Bunga lawang/cengkih/buah pelaga/kayu manis
6) 1 senduk majerin - untuk menumis
7) Halia sebesar ibu jari

Cara-cara

1) Basuh beras dan toskan nya.

2) Panaskan marjerin dan tumis bawang/daun pandan/bunga lawang/bunga cengkih/buah pelaga dan kayu manis sehingga naik wangi.

3) Kemudian masukkan beras. Goreng sebentar

4) Setelah itu masukkan air rebusan ayam dan kiub ayam.

5) Akhir sekali masukkan sedikit garam.

KETAM MASAK CILI

BAHAN-BAHAN:

1) 1kg ketam bunga
2) sebuk kunyit
3) garam
4) myk untuk goreng

Bahan A;
1) cili kering(rendam & kisar)
2) bawang besar
3) bwg putih
4) 1cm halia
5) 1 tangkai serai

Bahan B:
1) 2tbsp sos tiram
2) 3tbsp sos cili
3) 4tbsp sos tomato
4) garam n gula secukup rasa

CARA-CARA:

1) gaulkan ketam dgn kunyit & garam. Goreng kan ketam.

2) tumis bahan A hinga naik wangi. Tumis hingga pecah minyak.

3) Masukan bhn B.

4) Masukan ketam yg digoreng. Kacau rata.

SEDIA DI HIDANGKAN