Thursday, March 26, 2009

karamel




Puding Karamel
( saiz:16 cm )

Bahan-bahan

* 400ml susu segar/susu cair
* 5 sudu besar gula halus
* 3 biji telur- pada suhu bilik
* 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
* 2-3 titik esen vanila
* [ KARaMEL ]
* 5 sudu besar gula
* 2 sudu besar air

Cara-cara

  • Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  • Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  • Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  • Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  • Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  • Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  • Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  • Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Lime Grilled Chicken

Lime Grilled Chicken


Bahan-bahan


1. Bahagian paha ayam
2. 1 sudu kecil bawang putih (dicincang)
3. 1 ½ sudu besar serbuk cili
4. 1 sudu besar rempah cancun
5. 1 sudu kecil serbuk lada hitam
6. 1 sudu kecil serbuk jintan putih
7. 2 sudu besar minyak jagung
8. 1 sudu kecil garam halus
9. 1 sudu kecil serbuk pati ayam
10. 2 sudu besar perahan air limau nipis


Cara-cara


1. Mula-mula basuh paha ayam sehingga bersih dan digaulkan bersama bawang putih dan kesemua bahan-bahan untuk diperap selama setengah jam.
2. Selepas itu dipanggang sehingga masak sepenuhnya.
3. Hidangkan bersama nasi Mexican dan sayur-sayuran seperti lobak dan bunga kobis.