Bahan-Bahan:
Bahan A:
1) daging (batang pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
2) telur ayam 1 biji
3) tepung jagung 4 sudu besar
4) lada sulah
5) gula (2 sudu)
6) garam secukup rasa
Bahan B:
1) minyak masak
2) bawang merah, bawang putih & halia (ditumbuk)
3) bawang besar (dihiris bulat)
4) cili merah (dihiris serong)
5) kacang peas hijau (1 tin kecil)
6) tomato 2 biji di belah 4
7) ubi kentang 2 biji di belah 6
8) kicap manis dan sos cili secukup rasa
9) air setengah cawan (lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)
Cara-cara :
1) perap bahan A selama 1/2 jam
2) selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak diangkat dan ditos.
3) gorengkan ubi kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
4) tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama (kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
5) setelah bahan menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan.
6) masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
7) masukkan ubi kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih sekali lagi.
8) akhir sekali, masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa (bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
9) Siap untuk dihidang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment